kura-kuri yang punnye

Thursday 4 April 2013

BARU AKU TAW MACAM MANA RASANYA

BILA MASA YANG TAK DISANGKA BERLAKU SEKARANG,

selama nie aku merasa macam diri aku tak layak untuk mendapat merasa apa erti cinta yang sebenar,
setelah aku merasa sakit, perit, pedih, jatuh bangun, aku tak pernah terfikir aku akan mendapat kan rasa yg sebegitu rupa,

TIADA RASA SERIK

walaupun aku telah diluka, aku di tipu aku di sisirkan,
aku tidak penah serik dalam mencari ape yang aku cari selama ni,
dan aq percaya satu hari nanti aku pasti akan dapat seseorang yang amat menyayangi diri aku,
ramai kawan-kawan aku cakap jangan terlalu setia sebab nanti kalau kite terlalu setia nanti kite yang sakit hati, tapi pada aku, aku tak kesah sebab aku percaya dengan hukum karma, setiap perbuatan mesti ada pembalasan, jadi aku tetap dengan pendirian aku untuk setia dengan seseorang.

KEMUNCULAN SEORANG KAWAN YANG TIDAK DIKETAHUI ISI HATI

sedang aku sedang berkawan dengan seorang gadis, aku pada mulanya hanya menganggap dia tidak lebih dari seorang kawan, pada mulanya aku tidak perasan dia melayan aku lebih dari seorang kawan,
tetapi bile aku sering "berpesanan ringkas" dan menelefonnya setiap hari, aku mula perasan cara dia melayan aku lebih dari seorang kawan, dan aku cube membuat dye meluahkan apa yang dia rasa tetapi gagal. Dia masih menyembunyikan sesuatu dari aku. Tapi aku tetap cuba dari hari ke hari.

TIDAK DISANGKA SEKETUL BATU BURUK SUDAH LAMA DITUNGGU

sepanjang pengenalan aku dengan dia, aku hampir putus asa untuk memaksa dia berterus terang,
sehingga aku bernekad untuk memaksanya untuk kali terakhir, sikiranya aku tidak silap, pada malam itu malam krismas, aku berfikir untuk menanyakan nya kali terakhir sekiranya dia memberi tahu,
dan pada malam itu, dye ingin memberitahu aku tetapi dia ingin aku untuk memberitahunya dahulu perasaan aku pada nya, setelah aku menceritakan semua nya, baru dia memberitahu aku perasaan nya pada ku,
dan aku sama tidak sangka sekali bahawa dye menyukai diri ku yang seperti seekor "panda".

DILUAR JANGKAAN

sekiranya aku tidak silap pada malam krismas itu juga 25/12 aku tidak melenggahkan masa,
aku terus menelefon dirinya untuk ku panah hati nya dengan panahan arjuna yang aku miliki pada malam itu,
dan tidak penah aku meminta sesuatu perhubungan itu melalui percakapan, dan aku rasa hanya dia seorang yang aku berbuat begitu, pada malam itu aku menjelaskan mengapa aku ingin terus kan perhubungan itu ke perhubungan yang serious, kerana aku risau sekiranya pada hari akan datang hati aku akan berubah untuk orang lain, jadi kerana itu lah, setelah dia memberitahu isi hati nya pada aku, aku tidak melenggahkan masa,
dan aku tidak sangka aku akan meluah kan sesuatu perkataan yang aku sendiri tidak penah guna dan aku masih ingat lagi perkataan tu, kerana itu lah kali pertama aku meminta untuk menerus kan sesuatu hubungan dengan percakapan dalam telefon,

"PUTERI .........  ..........., SUDIKAH KAU MENJADI KEKASIH HATI KU DENGAN KEADAAN KU YANG TAK SEBERAPA INI?"

aku sendiri tidak sangka akan mengeluarkan perkataan yang sebegitu kerana aku tidak pernah membuatnya,
dan dia jugak memberi jawapan pada malam itu, dan dia bersetuju untuk meneruskan hubungan itu ke arah yg serious.

 MENJUMPAI HARTA TIDAK TERNILAI SEPANJANG PENITIAN JALAN YANG ROSAK

pada mula nya aku juga berasa takut untuk ditipu sekali lagi, tetapi aku tetap memberani kan diri untuk perhubungan ini, dan aku merasa agak pelik dan hairan, tidak pernah ku jumpa perempuan yang semanja dia, dan aku terfikir mungkin dia betul-betul sayang pada aku, dan aku tidak pernah mendengar seorang perempuan yang menangis untuk ku, aku merasa seolah-olah merasa diri aku betul-betul disayangi, sumpah sebelom ni aku tidak pernah merasakan sesuatu seperti ini, dan kali ini aku sangat bersyukur kerana telah mendapat merasai ape itu erti sebenar cinta dari seorang yang tidak ku sangka, tidak sia-sia selama ini aku belajar untuk setia walau perit mana aku telah di tipu, dan aku tahu kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang empunya alam ini yang menentukan, jadi ape yang aku harap hanya satu, muda-mudahan hubungan kami akan terus kekal sehingga kami menghembuskan nafas yang terakhir.

*TERIMA KASIH KERANA AWAK SUDI MENYAYANGI DIRI SAYA DAN MEMBERI SAYA RASA AMAT DIHARGAI DAN DISAYANGI, DAN SAYA HARAP AWAK AKAN MENJADI MILIK SAYA SELAMANYA, DAN AWAK TAK KAN MENGHANCURKAN HATI DAN KEPERCAYAAN YANG SAYA BAGI PADA AWAK, <3 :)

*DAN LAGU YANG AWK TGH DENGAR NIE  LAGU YANG SELALU SY DENGAR DAN NYANYI KAN UNTUK AWAK SMPAI AWK TERTIDO,
LAGU NIE LA BUAT SY SELALU INGAT KAT AWAK, SEBAB LIRIK LAGU DYE MEMANG SESUAI UNTUK AWK,,  ^_^

No comments:

Post a Comment